SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SPBT SMK KEDAWANG

Tuesday, January 13, 2015

SEJARAH SMK KEDAWANG




Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang terbina di atas lot 2516 di Mukim Kedawang Langkawi. Keluasan kawasannya ialah 8.1hektar. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah menengah daripada 6 buah sekolah menengah kebangsaan di pulau lagenda ini. 



Sejarah sekolah ini bermula apabila proses pengajaran dan pembelajarannya yang pertama dilaksanakan pada bulan januari 1984. Pada ketika itu sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Temonyong hanya mempunyai 6 orang guru termasuk pengetua bersama-sama 70 orang pelajar.



Apabila penaiktarafan sekolah dijalankan pada tahun 1998, sekolah ini telah dinaikkan ke gred A. Pembinaan bangunan baru bermula pada tahun 2001 telah dijalankan selaras dengan peningkatan jumlah pelajar dan guru. Dua blok asrama harian dengan keupayaan 100 orang pelajar dan sebuah kompleks perumahan guru dengan jumlah 60 unit kediaman juga telah di bina dan mula diduduki pada tahun 2004.



No comments:

Post a Comment