SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SPBT SMK KEDAWANG

Tuesday, March 3, 2015

Hari Pemulangan dan Pengambilan Buku Teks

Antara Gelagat Segelintir Pelajar Dan Guru Yang Datang Untuk Mendapatkan Buku Teks Di Bilik SPBT Sekolah.







Tuesday, January 13, 2015

Carta Organisasi Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah (BOS)



Ahli Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks 
Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang



Tafsiran Lencana



MERAH
Bersemangat gigih dalam mengejar cita-cita


KUNING
Kemurnian dan kecemerlangan dalam semua bidang


BIRU
Harmonis dan bersatu padu sesama warga sekolah dan masyarakat

RODA
Bergerak ke hadapan dalam mengejar cita-cita


OBOR
Menerangi masa depan yang gemilang


GELUNG ROTAN
Kesihatan dan kesejahteraan mental dan fizikal


PEMBAHAGI 2 RUANG
Dua aspek diberi penekanan iaitu peningkatan interlektual, jasmani serta rohani dan melahirkan insan yang cemerlang


BERILMU DAN BERAMAL
Cogan kata ini menjadi prinsip warga semerbak untuk melahirkan insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual selaras dengan pendidikan negara. Ilmu yang dititiskan diterjahkan dalam realiti kehidupan dengan bertunjangkan keimanan yang jelas kepada tuhan.

VISI & MISI SMK KEDAWANG, LANGKAWI




VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik Negara Sejahtera


MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara




SEJARAH SMK KEDAWANG




Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang terbina di atas lot 2516 di Mukim Kedawang Langkawi. Keluasan kawasannya ialah 8.1hektar. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah menengah daripada 6 buah sekolah menengah kebangsaan di pulau lagenda ini. 



Sejarah sekolah ini bermula apabila proses pengajaran dan pembelajarannya yang pertama dilaksanakan pada bulan januari 1984. Pada ketika itu sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Temonyong hanya mempunyai 6 orang guru termasuk pengetua bersama-sama 70 orang pelajar.



Apabila penaiktarafan sekolah dijalankan pada tahun 1998, sekolah ini telah dinaikkan ke gred A. Pembinaan bangunan baru bermula pada tahun 2001 telah dijalankan selaras dengan peningkatan jumlah pelajar dan guru. Dua blok asrama harian dengan keupayaan 100 orang pelajar dan sebuah kompleks perumahan guru dengan jumlah 60 unit kediaman juga telah di bina dan mula diduduki pada tahun 2004.